KELEBIHAN SEMBAHYANG DAN KESANNYA

sabda Rasulullah saw.." anak kunci syurga ialah sembahyang "

Kesimpulannya hadith ini menerangkan bahawa kemuncak amal shalih ( selain daripada dua kalimah shahadah ) yang menyebabkan seseorang itu masuk syurga ialah sembahyang yang dikerjakan dengan sempurna. Lebih jelas lagi rasulullah saw memberikan contoh bandingan dalam hadith yang berikut:,
" sabda Rasulullah saw " ( kepada sahabat2nya ) apa kata kamu kalaulah sebatang sungai mengalir dihadapan pintu salah seorang dari kamu ( lalu ) ia mandi pada tiap2 hari lima kali disungai itu,adakah akan tinggal sesuatu pun ddari kekotoran badannya? mereka menjawab
" Tidak akan ada yang tinggal dari kekotoran badannya itu". Baginda menerangkan lagi sabdanya " maka demikianlah jalan bandingannya sembahyang fardhu yang lima itu,allah menghapuskan dengan sebabnya dosa2 ( orang yang mengerjakannya ). Demikianlah faedah dan kesan2 sembahyang itu,tetapi perlu diingat, sembahyang yang dimaksudkan disini ialah iang dikerjakan dengan penuh tawdhuk dan khusyuk, yang lengkap rukun2 dan sunatnya serta syarat2 yang mengesahkannya. Ini dijelaskan dalam hadith berikut:-

sabda Rasulullah saw. ......" mana2 seseorang muslim ( lelaki atau perempuan ) yang sedang berada dalam saat masukknya waktu sesuatu sembahyang fardhu, lalu ia mengerjakan dengan cara yang sebaik2nya ( lengkap sempurna ) meliputi wudhu, kyusuk ,dan rukuk ,( serta sujud ) sembahyang itu ,nescaya sembahyangnya yang demikian keadaannya menjadi penghapus bagi dosa2 yang telah dilakukan sebelum itu, asalkan ia tidak melakukan dosa yang besar, penghapus dosa yang demikian ( tidak terhad kepada sesuatu masa yang tertentu bahkan ) meliputi seluruh masa. Menurut zahir hadith ini bahawa ,sembahyang itu menghapuskan segala dosa kecil yang dilakukan antara satu waktu yang berikutnya, kecuali dosa2 besar, menurut huraiannya ulamak, cara memohon ampun dari dosa besar ialah dengan jalan BERTAUBAT

Imam Nawawi rahmatullah taala, menjelaskan masalah ini, katanya antara lain:,
ada beberapa hadith yang menyatakan bahawa ' sembahyang yang lima' menghapuskan dosa yang dilakukan antara satu sembahyang dengan yang lain,demikian juga halnya " sembahyang Jumaat" " puasa bulan Ramadhan " puasa pada hari Arfah " , ' puasa pada hari assyura ' dan lain2nya lagi.Maksudnya ialah bahawa tiap2 satu dari ( amal ibadah ) yang tersebut dapat menghapuskan dosa ' kalau tidak ada dosa kecil ( untuk dihapuskan) dan tidak ada dosa besar ( untuk diringankan ) maka akan dituliskan baginya dengan amalnya yang baik itu beberapa kebajikan , dan akan ditinggikan darjatnya beberapa darjat. Kalau pula ada dosa besar atau beberapa dosa besar dan tidak ada dosa kecil, maka kami berharap semoga amalnya yang baik itu dapat meringankan sebahagian dari dosan yang besar itu.