1.GAYA RASULULLAH SAW.SEMASA BERPIDATO

Tabligh(tugas menyampaikan perintah-perintah agama)adalah tujuan pokok dari perutusan rasulullah saw ,manakala pidato adalah salah satu cara bagi baginda menjalankan tugas tabligh,dengan jalan pidato rasulullah saw menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan,dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnnya,apakala keadaan menghendakinya.
Semasa berpidato,tergambar pada anggota lahir baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak disampaikannya melalui pidatonya itu lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat seperti berlakunya kiamat.Baginda melafazkan dengan suara yang lantang,merah matanya,dengan rupa marah nampaknya,seperti keadaan seorang panglima memerintah tentera ,memberi amaran tentang serangan musuh yang akan datang menyeru entah pada waktu pagi atau petang.
Keadaan yang demikian adalah semangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum,kerana segala gerak geri dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesannya kepada mereka.