PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN BAGI PEREMPUAN YANG DATANG HAID DAN NIFAS

ENAM PERKARA YANG DIHARAMKAN ATAS ORANGYANG BERJUNUB JUGA DIHARAMKAN ATAS PEREMPUAN YANG KEDATANGAN HAID DAN NIFAS IAITU :-

1. Mengerjakan sembahyang
2.Tawaf
3.Menyentuh kitab suci Al-Quran
4.Mengangkatnya (kitab suci Al -Quran)
5.Berhenti di Masjid
6.Membaca Al -Quran

selain dari itu haram juga ia berpuasa bahkan tidak sah puasanya dan berdosa.Ia haram juga lalu dimasjid jika ditakuti darahnya akan menitis mengotorkan masjid .Ia juga wajib menolak permintaan suaminya untuk bersetubuh dengannya.

selain itu haram juga ia berdusta dengan mengatakan ia kedatangan haid dengan tujuan supaya suaminya tidak mendekatinya.Haram juga ia tidak memberitahu kepada suaminya tentang kedatangan haid apabila ia berada dalam haid.
(Sabda Rasulullah saw).

PERIHAL MANDI WAJIB

perihal mandi wajib

Orang yang berhadas besar disebabkan ia dalam keadaan junub atau kerana ia (perempuan)kedatangan haid..

dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.Dan janganlah pula kamu menghampiri Masjid sedang kamu dalam keadaan junub ( berhadas besar ) kecuali kamu hendak melintas sahaja..sehingga kamu mandi bersuci

............dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hukum haid,katakanlah darah haid itu satu benda yang menjijikkan ( dan mendatangkan mudarat ) oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan ( jangan bersetubuh dengan isteri kamu )dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu,sesungguhnya allah maha mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

YANG MEWAJIBKAN MANDI IALAH 6 PERKARA

1 keluar mani semasa jaga atau ketika tidur
2.Bersetubuh
3haid
4 nifas (darah beranak)
5.bersalin (beranak)
6 mati .(iaitu bila seseorang mati wajiblah dia dimandikan oleh org yang hidup)

Cara Mandi Janabah

Daripada Aisah r.a katanya :-

biasanya rasulullah saw apabila ia mandi jenabah ia mulakannya dengan membasuh kedua tangannya kemudian ia curahkan air dengan tangan kanannya ketangan kirinya lalu ia membasuh kemaluannya,kemudian ia berwuduk,kemudian ia mengambil air lalu ia celah2kan jari tangannya dipangkal2 rambutnya kemudian ia menceduk air dan menuangnya diatas kepasanya -tiga kali kemudian ia curahkan air meliputi seluruh badannya kemudian ia membasuh kedua kakinya. - hadis sahih.



FARDU MANDI

Fardu mandi 2 perkara: -

1.niat
2.meratakan air pada seluruh badan meliputi kepala dan rambutnya
( jelasnya hendaklah ia membasuh seluruh kulit badannya meliputi rambut dan bulu dan menggosok celah-celah jari badan seperti dua telinga,dua ketiak,lapisan-lapisan perut,kelangkang dan celah-celah kuku.


SUNAT MANDI

1.mengambil wuduk dengan sempurna (meliputi yang fardu dan yang sunat) sebelum mandi
2.menggosok seluruh badan
3.mendahulukan anggota kanan dari anggota kiri
4.mengulangi tiap-tiap perbuatan sebanyak tiga kali
5.berturut2 yakni perbuatan mandi mahulah dilakikan bersambung2 dari awal hingga keakhirnya.


SYARAT MANDI

syarat -syarat mandi sama seperti syarat wuduk yang telah diterangkan dahulu
kalau ia mandi sedang pada badannya ada sesuatu yang mengubah air,atau sesuatu yang menegah air daripada sampai kepada kulit,tidak sah mandinya sehingga ia menghilangkan benda itu dengan membasuhnya.Kalau pula ada sesuatu yang najis pada badannya hendaklah dibersihkan lebih dahulu.


SYARAT-SYARAT MANDI

Syarat mandi sama seperti syarat wuduk yang telah diterangkan dahulu.Kalau ia mandi sedang pada badannya ada sesuatu yang mengubah air atau sesuatu yang menegah air daripada sampai kepada kulit tidak sah mandinya sehingga ia menghilangkan benda itu dengan membasuhnya . kalau pula ada sesuatu yang najis pada badannya hendaklah dibersihkan lebih dahulu.


CARA MANDU JANABAH (JUNUB)
Meliputi perkara yang wajib dan sunat:-

Berdasarkan hadis cara mandi janabah yang sempurna adalah seperti berikut:-

pada mulanya hendaklah membasuh kedua tapak tangan, kemudian membasuh kemaluan dan bahagian kelilingnya, kemudian membersihkan celah2 dan lipatan anggota tubuh badan ( seperti ketiak,celah kelangkang dan sebagainya) kemudian mengambil wuduk dengan sempurna meliputi perkara2 yang wajib dan yang sunat, setelah itu berniat (niat mandi hadas besar) sambil mencurahkan air keatas kepasa dan menggosoknya sehingga basah leluruhnya meliputi muka,rambut,pangkal2 rambut dan telinga luar dan dalamnya.Kemudian mencurahkan air atas badan sebelah kanan bahagian hadapan (meliputi bahu dan rusuk)terus kepaha dan kaki.Kemudian atas bahagian belakang -juga sebelah kanan.Kemudian atas badan bahagian kiri , bahagian hadapandahulu ,kemudian bahagian belakang seperti yang disebutkan tadi.Tiap2 perbuatan yang tersebut hendaklah diseertakan dengan menggosok2 kulit anggota itu dan mengulangnya sebanyak 3 kaoi supaya air dapat membasahinya dengan sempurna.Setelah itu berdoalah dengan doa yang dibaca selepas wuduk .....

LAFAZ NIAT MANDI JANABAH
" Sahaja aku bersuci dari hadas besar semata-mata kerana Allah Taala"


MANDI SUNAT

Mandi sunat itu banyak antaranya ialah :-

1.mandi untuk mengerjakan sembahyang Jumaat
2.mandi untuk mengerjakan sembahyang hari raya aidilfitri dan hariraya aidil adha
3.Mandi semasa hendak berikhram untuk mengerjakan haji atau umrah
4.Mandi orang kafir setelah ia masuk islam
5.Mandi setelah seseorang selesai memandikan orang mati

perkara yang makruh semasa mengambil wuduk

Antara perkara yang makruh semasa mengambil wuduk ialah:-

1.mencurah air dengan berlebih-lebihan ,
2.meninggalkan berkumur-kumur dan membersihkan hidung
3.melebihi daripada 3 kali atau mengurangnya


CARA MENGAMBIL WUDUK YANG SEMPURNA MELIPUTI YANG FARDU DAN YANG SUNAT

1Berdasarkan hadis alim ulamak menerangkan bahawa cara mengambil wuduk yang sempurna adalah seperti berikut:-

1.hendaklah membasuh kedua tapak tangan sambil membaca Bismillahirrahmanirrahim,kemudian berkumur-kumur(tiga kali) dan membersihkan hidung dengan memasukkan air kedalamnya serta amenghembusnya (tiga kali)

2.membasuh muka sambil berniat mengambil wuduk. (tempat berniat adalah dalam hati,bolih juga diat itu dilafazkan dengan mulut terutama bagi orang yang baru belajar .iaitu sahaja aku bersuci dari hadas kecil kerana allah taala..
cara membasuh muka (tiga kali) mulai dari bahagian atas meliputi seluruh bulatan mukanya hingga kebawah dagu,termasuk membersihkan kelopak matanya.Bagi org perempuan pula hendaklah terlebih dahulu menghilangkan pantis dikening, gincu dibibir dan lain-lain yang mengubah warna air.

3 kemudian membasuh tangan kanan dari hujung jari meliputi siku dan bahagian atas (tiga kali)kemudian membasuh tangan kiri seperti itu juga

4 kemudian menyapu sedikit dari kepala ,lebih afdal seluruh kepala (tiga kali)

5 kemudian menyapu kedua telinga,luar dan dalamnya(tiga kali)

6 selepas itu menyapu tengkuk dan leher (tiga kali)

7 kemudian membasuh kaki kanan,dari hujung jari meliputi buku lali dan bahagian atasnya(tiga kali)kemudian membasuh kaki kiri seperti itu juga termasuk celah2 jari kedua kaki.

perkara yang membatalkan wuduk

perkara yang membatalkan wuduk

1.keluar sesuatu dari salah satu dari dua jalan (kemaluan)
2.hilang akal disebabkan mabuk atau gila atau pitam atau tidur kecuali kalau ia tidur dengan duduk tetap pada tempat duduknya makan tidaklah batal wuduknya dengan syarat ia sedar akan cara duduknya itu
3.bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang telah baligh dan bukan mukhrimnya denga tidak berlapik
4.menyentuh kemaluan anak adam atau bulatan duburnya dengan tapak tangan atau perut jari tiap23 satu dari empat perkara yang tersebut dinamakan -hadas kecil.