hukum air dan bahagian2nya

Firman Allah Taala
dan kami (allah) menurunkan dari langit air yang bersih suci dan (kenanglah nikmat Allah ketika) ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya.

dalam hadith pula diterangkan....

sabda nabi Muhammad saw. sesungguhnya air itu suci lagi menyucikan,tidak ada sesuatu pun yang dapat menajiskannya selagi tidak berubah keadaannya.Apabila air itu berkeadaan sebanyak dua kolah tidaklah ia menerima kekotoran,dalam satu lafaz yang lain tidaklah ia menjadi najis.
Jelasnya air yang sebanyak dua kolah itu atau yang lebih lagi adalah dikira menjadi air yang banyak, ia tidak akan menjadi najis dengan kemasukan sesuatu benda yang najis kedalamnya selagi ia tidak berubah warnanya atau baunya atau rasanya.
hadith ini disebutkan dalam kitab-kitab himpunan hadis masing2 oleh Abu Daud Al Tarmizi.
Air yang sedikit pula ialah yang kurang dari dua kolah .Ia akan menjadi najis dengan kemasukan sesuatu benda yang najis kedalamnya sekalipun tidak berubah, salah satu dari sifatnya yang tersebut.sukatan dua kolah
KOLAH : ialah sejenis tempat air yang digunakan ditanah Arab pada zaman itu.Menurut imam As Safii bahawa air dua kolah itu ialah kira-kira sebanyal lima kurbah besar (kurbah ialah tempat air yang diperbuat dari kulit kambing) yang biasanya digunakan dinegeri Hijaz ( meliputi Mekah dan lain-lainnya daerah yang termasuk dalam negeri itu.
Iman Nawawi rahmatullah taala memberikan penjelasan mengenai sukatan dua kolah itu dengan cara yang lebih mudah dan dapat difaham oleh sesiapa sahaja dimana ia berada dan dalam zaman mana ia hidup. Menurut Iman Nawawi, bahawa air dua kolah itu ialah yang memenuhi satu tempat yang lebarnya satu hasta suku,demikian juga panjangnya dan dalamnya.