HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

hukum orang yang meninggalkan sembahyang.

sebagaimana yang telah diterangkan, sembahyang yang lima waktu ini tidak boleh samasekali ditinggalkan atau dicuaikan oleh seseorang islam walau satu waktu pun dalam segala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang kerana uzur, ia boleh sembahyang dengan duduk. Jika tak dapat ia boleh sembahyang dengan berbaring - dengan mengiring kesebelah kanan atau kesebelah kiri atau pun dengan terlentang. Dalam Al quran Nul Qarim telah diberi amaran mengenai orang2 yang mencuaikan sembahyang , diantaranya ialah Firman Allah SWT.
" Kemudian mereka ( yang taat ) digantikan oleh keturunan2 yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu ( dengan melakukan maksiat ) maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka. " kecuali orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal shalih.."

Dalam hadith pula diterangkan kewajipan sembahyang itu , diantaranya hadis yang berikut:-

Sabda Rasulullah SAW. " Jaminan berbaik-baik diantara kita dengan mereka ( yang mendakwa dirinya orang islam ) ialah mengerjakan sembahyang. Oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir. "
" Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah meninggalkan sembahyang."

Sebahagian ulamak berpegang kepada zahir hadith ini , menerangkan tentang kufurnya orang yang meninggalkan sembahyang, Sebahagian ulamak pula memberi penjelasan iaitu , jika orang yang meningggalkan sembahyang itu mengingkarinya wajibnya, maka ia menjadi kafir - murtad dan wajib dihukum ( oleh pihak yang berkuasa jika ia tidak bertaubat dan kembali kepada islam ) , kerana ia telah mendustakan allah taala yang menerangkan wajibnya sembahyang itu. Kalau ia meninggalkan sembahyang ( kerana malas semata-mata ) sedang ia tetap percaya tentang wajibnya , maka ia dikira menderhaka ( berdosa besar ) dan wajib dihukum denga seberat2nya ( jika ia masih berdegil dalam kesalahannya itu ). Jelasnya , sembahyang wajib dikerjakan dan tidak boleh dicuaikan samasekali, dan mahulah pula dikerjakan dengan sempurna , kerana tidak syak lagi , sembahyang itu menjadi sebab yang membawa rahmat, memurahkan rezeki dan menolak bala bencana.

Mengqadha' sembahyang

Mana2 sembahyang yang tertinggal wajib di Qada' sebagaimana yang diterangkan dalam hadith yang berikut :-

Sabda Rasulullah SAW. bersabda , .......sesiapa lupa mengerjakan sesuatu sembahyang , maka hendaklah ia mengerjakannya apabila ia teringat akan sembahyang ( yang tertinggal ) itu . Tidak ada kifarahnya ( penebusnya ) melainkan mengerjakan sembahyang itu.