PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN BAGI PEREMPUAN YANG DATANG HAID DAN NIFAS

ENAM PERKARA YANG DIHARAMKAN ATAS ORANGYANG BERJUNUB JUGA DIHARAMKAN ATAS PEREMPUAN YANG KEDATANGAN HAID DAN NIFAS IAITU :-

1. Mengerjakan sembahyang
2.Tawaf
3.Menyentuh kitab suci Al-Quran
4.Mengangkatnya (kitab suci Al -Quran)
5.Berhenti di Masjid
6.Membaca Al -Quran

selain dari itu haram juga ia berpuasa bahkan tidak sah puasanya dan berdosa.Ia haram juga lalu dimasjid jika ditakuti darahnya akan menitis mengotorkan masjid .Ia juga wajib menolak permintaan suaminya untuk bersetubuh dengannya.

selain itu haram juga ia berdusta dengan mengatakan ia kedatangan haid dengan tujuan supaya suaminya tidak mendekatinya.Haram juga ia tidak memberitahu kepada suaminya tentang kedatangan haid apabila ia berada dalam haid.
(Sabda Rasulullah saw).