perkara yang makruh semasa mengambil wuduk

Antara perkara yang makruh semasa mengambil wuduk ialah:-

1.mencurah air dengan berlebih-lebihan ,
2.meninggalkan berkumur-kumur dan membersihkan hidung
3.melebihi daripada 3 kali atau mengurangnya


CARA MENGAMBIL WUDUK YANG SEMPURNA MELIPUTI YANG FARDU DAN YANG SUNAT

1Berdasarkan hadis alim ulamak menerangkan bahawa cara mengambil wuduk yang sempurna adalah seperti berikut:-

1.hendaklah membasuh kedua tapak tangan sambil membaca Bismillahirrahmanirrahim,kemudian berkumur-kumur(tiga kali) dan membersihkan hidung dengan memasukkan air kedalamnya serta amenghembusnya (tiga kali)

2.membasuh muka sambil berniat mengambil wuduk. (tempat berniat adalah dalam hati,bolih juga diat itu dilafazkan dengan mulut terutama bagi orang yang baru belajar .iaitu sahaja aku bersuci dari hadas kecil kerana allah taala..
cara membasuh muka (tiga kali) mulai dari bahagian atas meliputi seluruh bulatan mukanya hingga kebawah dagu,termasuk membersihkan kelopak matanya.Bagi org perempuan pula hendaklah terlebih dahulu menghilangkan pantis dikening, gincu dibibir dan lain-lain yang mengubah warna air.

3 kemudian membasuh tangan kanan dari hujung jari meliputi siku dan bahagian atas (tiga kali)kemudian membasuh tangan kiri seperti itu juga

4 kemudian menyapu sedikit dari kepala ,lebih afdal seluruh kepala (tiga kali)

5 kemudian menyapu kedua telinga,luar dan dalamnya(tiga kali)

6 selepas itu menyapu tengkuk dan leher (tiga kali)

7 kemudian membasuh kaki kanan,dari hujung jari meliputi buku lali dan bahagian atasnya(tiga kali)kemudian membasuh kaki kiri seperti itu juga termasuk celah2 jari kedua kaki.