HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

hukum orang yang meninggalkan sembahyang.

sebagaimana yang telah diterangkan, sembahyang yang lima waktu ini tidak boleh samasekali ditinggalkan atau dicuaikan oleh seseorang islam walau satu waktu pun dalam segala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang kerana uzur, ia boleh sembahyang dengan duduk. Jika tak dapat ia boleh sembahyang dengan berbaring - dengan mengiring kesebelah kanan atau kesebelah kiri atau pun dengan terlentang. Dalam Al quran Nul Qarim telah diberi amaran mengenai orang2 yang mencuaikan sembahyang , diantaranya ialah Firman Allah SWT.
" Kemudian mereka ( yang taat ) digantikan oleh keturunan2 yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu ( dengan melakukan maksiat ) maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka. " kecuali orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal shalih.."

Dalam hadith pula diterangkan kewajipan sembahyang itu , diantaranya hadis yang berikut:-

Sabda Rasulullah SAW. " Jaminan berbaik-baik diantara kita dengan mereka ( yang mendakwa dirinya orang islam ) ialah mengerjakan sembahyang. Oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir. "
" Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah meninggalkan sembahyang."

Sebahagian ulamak berpegang kepada zahir hadith ini , menerangkan tentang kufurnya orang yang meninggalkan sembahyang, Sebahagian ulamak pula memberi penjelasan iaitu , jika orang yang meningggalkan sembahyang itu mengingkarinya wajibnya, maka ia menjadi kafir - murtad dan wajib dihukum ( oleh pihak yang berkuasa jika ia tidak bertaubat dan kembali kepada islam ) , kerana ia telah mendustakan allah taala yang menerangkan wajibnya sembahyang itu. Kalau ia meninggalkan sembahyang ( kerana malas semata-mata ) sedang ia tetap percaya tentang wajibnya , maka ia dikira menderhaka ( berdosa besar ) dan wajib dihukum denga seberat2nya ( jika ia masih berdegil dalam kesalahannya itu ). Jelasnya , sembahyang wajib dikerjakan dan tidak boleh dicuaikan samasekali, dan mahulah pula dikerjakan dengan sempurna , kerana tidak syak lagi , sembahyang itu menjadi sebab yang membawa rahmat, memurahkan rezeki dan menolak bala bencana.

Mengqadha' sembahyang

Mana2 sembahyang yang tertinggal wajib di Qada' sebagaimana yang diterangkan dalam hadith yang berikut :-

Sabda Rasulullah SAW. bersabda , .......sesiapa lupa mengerjakan sesuatu sembahyang , maka hendaklah ia mengerjakannya apabila ia teringat akan sembahyang ( yang tertinggal ) itu . Tidak ada kifarahnya ( penebusnya ) melainkan mengerjakan sembahyang itu.

KELEBIHAN SEMBAHYANG DAN KESANNYA

sabda Rasulullah saw.." anak kunci syurga ialah sembahyang "

Kesimpulannya hadith ini menerangkan bahawa kemuncak amal shalih ( selain daripada dua kalimah shahadah ) yang menyebabkan seseorang itu masuk syurga ialah sembahyang yang dikerjakan dengan sempurna. Lebih jelas lagi rasulullah saw memberikan contoh bandingan dalam hadith yang berikut:,
" sabda Rasulullah saw " ( kepada sahabat2nya ) apa kata kamu kalaulah sebatang sungai mengalir dihadapan pintu salah seorang dari kamu ( lalu ) ia mandi pada tiap2 hari lima kali disungai itu,adakah akan tinggal sesuatu pun ddari kekotoran badannya? mereka menjawab
" Tidak akan ada yang tinggal dari kekotoran badannya itu". Baginda menerangkan lagi sabdanya " maka demikianlah jalan bandingannya sembahyang fardhu yang lima itu,allah menghapuskan dengan sebabnya dosa2 ( orang yang mengerjakannya ). Demikianlah faedah dan kesan2 sembahyang itu,tetapi perlu diingat, sembahyang yang dimaksudkan disini ialah iang dikerjakan dengan penuh tawdhuk dan khusyuk, yang lengkap rukun2 dan sunatnya serta syarat2 yang mengesahkannya. Ini dijelaskan dalam hadith berikut:-

sabda Rasulullah saw. ......" mana2 seseorang muslim ( lelaki atau perempuan ) yang sedang berada dalam saat masukknya waktu sesuatu sembahyang fardhu, lalu ia mengerjakan dengan cara yang sebaik2nya ( lengkap sempurna ) meliputi wudhu, kyusuk ,dan rukuk ,( serta sujud ) sembahyang itu ,nescaya sembahyangnya yang demikian keadaannya menjadi penghapus bagi dosa2 yang telah dilakukan sebelum itu, asalkan ia tidak melakukan dosa yang besar, penghapus dosa yang demikian ( tidak terhad kepada sesuatu masa yang tertentu bahkan ) meliputi seluruh masa. Menurut zahir hadith ini bahawa ,sembahyang itu menghapuskan segala dosa kecil yang dilakukan antara satu waktu yang berikutnya, kecuali dosa2 besar, menurut huraiannya ulamak, cara memohon ampun dari dosa besar ialah dengan jalan BERTAUBAT

Imam Nawawi rahmatullah taala, menjelaskan masalah ini, katanya antara lain:,
ada beberapa hadith yang menyatakan bahawa ' sembahyang yang lima' menghapuskan dosa yang dilakukan antara satu sembahyang dengan yang lain,demikian juga halnya " sembahyang Jumaat" " puasa bulan Ramadhan " puasa pada hari Arfah " , ' puasa pada hari assyura ' dan lain2nya lagi.Maksudnya ialah bahawa tiap2 satu dari ( amal ibadah ) yang tersebut dapat menghapuskan dosa ' kalau tidak ada dosa kecil ( untuk dihapuskan) dan tidak ada dosa besar ( untuk diringankan ) maka akan dituliskan baginya dengan amalnya yang baik itu beberapa kebajikan , dan akan ditinggikan darjatnya beberapa darjat. Kalau pula ada dosa besar atau beberapa dosa besar dan tidak ada dosa kecil, maka kami berharap semoga amalnya yang baik itu dapat meringankan sebahagian dari dosan yang besar itu.

Perihal Sembahyang

Fasal Pertama.

Sembahyang Fardhu yang Lima

Firman Allah SWT.`

Maka dirikanlah sembahyang ( yang menjadi tiang agama) sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.
Dan dirikanlah sembahyang (dengan tetap dan sempurna,ikhlas dan khusyuk) sesungguhnya sembahyang yang demikian keadaaannya mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Kedudukan Sembahyang dalam Islam

Sembahyang sebagaimana yang diterangkan dalam hadith ( yang pertama) ialah rukun islam yang kedua.Kesimpulannya rukun islam yang kedua itu ialah:- menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan denga cara yang teratur akan amal2 bakti samada yang diwajibkan atau yang digalakkan untuk diri sendiri dan masyarakat ,bagi mengenang budi dan bersyukur akan nikmat2 pemberian allah dengan harapan mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara2 yang merusakkan serta mengingati allah dengan sepenuh2 kesedaran dan berdoa kepadanya memohon taufik dan hidayahnya kejalan yang diredhainya. Semua itu terdapat dalam sembahyang, dan dengan ini nyatalah hikmatnya sembahyang itu menjadi asas atau rukun islam yang kedua dan dengan ini juga jelaslah sabda rasulullah saw yang bermaksud " sembahyang itu tiang agama.sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama."

Hakikat ini juga telah diterangkan dalam hadith yang berikut: -

dari Muaz radiallahhuannha.katanya ..rasulullullah saw telah bersabda, kepala atau asas agama ( yang aku bawa ) ini ialah ( melafazkan dua kalimah shahadah yang mengesahkan ) Islam dan ( dengan itu ) sesiapa yang telah islam selamatlah ia (didunia dan diakhirat) dan selainnya itu tiang agama pula ialah sembahyang."

hadith ini ,menegaskan tentang kedudukan sembahyang dalam islam sebagai 'tiang Agama' sembahyang kata imam ghazali rahmatullah, mengandungi rahsia2 yang kerananya ia disifatkan menjadi tiang agama.Diantaranya ialah sifat tawadhuk yakni dikehendaki mengerjakannya dengan sepenuh2 hormat dan patuh dengan melakukan rukuk dan sujuk ( kepada allah maha pencipta).........

sembahyang itu ialah ibu ibadat dan mahraj orang2 yang beriman.Ia juga alat penghubung orang yang mengerjakannya untuk bermunajat ( menghadap dan merayu ) kepada allah rabbul alamin.

sabda rasullullah saw. ...( selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mekraj pada malam itu) maka allah azaawajalla fardukan (atasku dan) atas umatku lima puluh sembahyang.............lalu aku memohon kepadanya (supaya dikurangkan lagi bilangannya sembahyang itu yang telah pun dikurangkannya sehingga tinggal lima sahaja ) maka allah taala berfirman " sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima ( dari segi bilangannya ) dan ia juga tetap lima puluh ( dari segi pahalanya ) keputusanku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.

hadith sahih ( riwayatul bukhari )

Ini adalah sebahagian dari sebuah hadith yang panjang mengenai peristiwa israk dan mehraj. dan 'sembahyang fardhu yang lima' yang diriwayatkan oleh imam bukhari, rahmatullah dan juga diriwayatkan oleh imam2 ahli hadith yang lain.kandungannya menegaskan tentang wajibnya ' sembahyang fardhu yang lima ' dan pahala yang berganda2 yang akan didapati oleh orang2 yang mengerjakannya. Dari hadith ini juga dapat difaham tentang keistimewaan sembahyang berbanding dengan amal ibadat yang lain. Perintah dan hukum allah mengenai amal dan lainnya, jibril turun menyampaikannya kepada junjungan kita nabi muhammad saw kecuali 'sembahyang'maka baginda dibawa naik - israk dan mehraj dengan ruh dan jasadnya - keperingkat alam yang tinggi sekali mengatasi rujuh petala langit , untuk menerima perintah yang berhubung dengan ' sembahyang 'dari allah swt secara langsung dengan tiada perantaraan.

..........Berbahgialah orang yang mengerjakan sembahyang itu dengan tetap dan sempurna........