perihal wuduk(mengambil air sembahyang)

dari hadith sahih -sabda nabi Muhammad saw.

1 -Tidak diterima sembahyang seseorang yang berhadas kecil,sehingga ia berwuduk (mengambil air sembahyang)

2 -sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya (yang sempurna)

3 -sesiapa yang berwuduk dengan sempurna menurut cara yang sebaik-baiknya ,keluarlah kesalahan-kesalahan(dosa-dosa)kecil yang dilakukannya dari (anggota-anggota)jasadnya sehingga dosa-dosa itu keluar dari celah-celah kukunya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

hadith sahih

Fardu wuduk -enam perkara

pertama: niat (kerana tiap-tiap amal mahulah dengan niat)
kedua : membasuh seluruh bulatan muka,dari paras rambut dikepala hingga kebawah
dagu,dan dari paras telinga kanan hingga keparas telinga kiri
ketiga : membasuh tangan meliputi kedua siku
keempat: menyapu sebahagian dari kepala
kelima :membasuh kedua kaki meliputi kedua buku lali
keenam : tertib,iaitu menutut susunannya seperti yang tersebut diatas

sunat wuduk

1.mambaca bismillah hirrah manirrahim
2.membasuh kedua tapak tangan
3.berkumur-kumur
4.membersihkan hidung dengan memasukkan air kedalamnya dan menghembusnya
5.menyapu seluruh kepala
6.menyapu dua telinga
7.mendahulukan yang kanan,apabila membasuh tangan dan kaki
8menggosok celah-celah jari tangan dan kaki juga celah-celah janggut
9.mengulangi tiap-tiap perbuatan sebanyak tiga kali
10.berturut-turut yakni perbuatan mengambil wuduk mahulah dilakukan bersambung-sambung dari awal hingga keakhirnya.

syarat wuduk

pertama : islam (orang yang bukan islam tidak sah wuduknya)
kedua : mumiz (yakni orang yang boleh membezakan antara sesuatu dengan yang lain,kalau ia
kanak-kanak misalnya)
ketiga :suci dari haid dan nifas
keempat: jangan ada sesuatu pada anggota wuduk yang mengubah air,seperti celup merah dan
sebagainya
kelima :jangan ada pada anggota wuduk sesuatu yang menegah air daripada sampai kekulit
seperti lilin dan sebagainya
keenam : mengetahui yang mana fardu wuduk dan yang mana sunatnya
ketujuh : jangan iktikadkan mana-mana perkara yang fardu itu sebagai sunat
kelapan :air yang suci.

Perkara yang membatalkan wuduk

1. keluar sesuatu dari salah satu dari dua jalan (kemaluan)
2.hilang akal disebabkan mabuk,atau gila,atau pitam atau tidur,kecuali kalau ia tidur
dengan duduk tetap pada tempat duduknya,maka tidaklah batal wuduknya dengan syarat ia
sedar akan cara duduknya itu
3.bersentu kulit lelaki dengan perempuan yang telah balig dan bukan muhrim dengan tidak
berlapik
4.menyentuh kemaluan anak adam atau bulatan duburnya dengan tapak tangan atau perut jari
tiap-tiap satu dari empat perkara yang tersebut dinamakan hadas kecil.